Merpati Biru ♥

Bonjour! ツ
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog and Assalamualaikum , Hi i am Merpati Biru, nice to meet you . Click 'about' to know more about me. Please leave your footprint. Segala yang ada disini Luhur Dari hati Cik MB. Dipersilakan juga memberi pendapat, click 'comment' di bawah entry .And thank you visit my site, Kbye :)You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman.

Status : Ikhtiar selalu , Doa selalu, Damai selalu ♥


Tagboard ツ
Footprints here!


Tekan 'go' tu sekali je :) and Thanks  

Credits ツ

Basecode : Nadya ♥.
Full edit : SitiSyuhadah ♥
Header : Aliah ♥
Re-Edit by : Merpati Biru ♥
More More ツ

Buku , Robok & Warna


Assalamualaikum ,

Buku, adalah sahabat cik mb, ke mana saja cik mb pergi buku sentiasa menemani, buku juga ada yang memahami kekadang terselit hidup cik mb. Cik mb bukan jenis yang gila shopping baju ke kasut ke cuma cik mb boleh habis beratus ratus setiap bulan untuk buku.
 Cik mb sweetseventeen masih sekolah di tahun akhir. Dapat duit of couse sebab kumpul duit sekolah, raja dan pemaisuri hati  juga (ayah dan mak) terlibat dalam melaburkan saham (tq) . Setiap kali memilih tempat untuk shopping cik mb yang akan pilih  sebab raja dan pemaisuri boleh shopping  dan cik mb melepak di kedai buku, jadi pemilihan shopping complex amat penting.

 Mungkin minat cik mb sama macam ayah sebab dia ada mini library dalam bilik dia . Ayah juga jenis tahan duduk dalam kedai buku lama lama just like me . Tapi jenis buku yang membezakan kami.  Cik mb suka novel  dan komik. Apa apa sekalipun  jenis novel dan komik. Kebanyakkan koleksi ialah novel cinta mungkin lepas ni nak tambah jenis seram ,motivasi, dan keagamaan sebab buku ini penuh dengan ilmu dan bagi cik mb tak rugi berhabis sebab buku . Cik mb bace je  semua jenis novel dan Etc. Cik mb  juga dah jatuh cinta dengan puisi , serta cik mb akan sentiasa cuba ubah citarasa pembacaan cik mb.






Robok pula ialah almari atau rak sebenarnya, robok adalah perkataan dari slang johor. Cik mb ada rak atau bilik idaman yang memang termimpi mimpi . Seperti gambar di atas tapi itu bukan sepenuhnya citarasa cik mb , raknya mestilah tinggi mencakar syilling perlukan tangga dan mesti kukuh sebab cik mb gayat dan berat, lantainya pula dibaluti karpet yang empuk dan tiada sebarang perabot kecuali macam kerusi sudut macam gambar diatas menghadap tingkap , rak pun warna putih serta diserikan dengan bean bag warna warna  kegemaran cik mb . Cik mb sangat suka bab warna.






Cerita pasal warna pulak, cik mb ada warna kegemaran mengikut hari dan cik mb ada 6 warna kesukaan :

Ahad: Putih
Isnin: Hitam
Selasa : Biru
Rabu: Merah Jambu / Biru
Khamis : Merah Jambu
Jumaat : Purple
Sabtu : Merah

Pelik memang pelik , tapi cik mb akan pastikan warna tu ada pada cik mb tak kira segi kasut ke jam ke or Etc . Dan kadang kadang tak ikut hari juga, ikut mood cik mb . Dan warna paling win yang memikat jiwa semestinya merah jambu dan biru. Mungkin hiasan rumah cik mb nanti akan di hiasi warna warna tersebut dan takkan terjadi ialah warna hijau dan kuning. Sebab kedua dua warna ni cik mb tak gemar . Mungkin hijau terkecuali sikit ah sebab cik mb suka hirup udara segar pokok pokok :)



Lastly, cik mb memang minat buku atau kata lainnya penggila buku, kalau boleh rak idaman mesti di realisasikan, memang cik mb akan usahakan. Doakan cik mb ada mini Library yang diimpikan.

p/s : Doakan juga dapat pergi Pesta buku di Pwtc nanti. Nak tambah stok buku nih,




                                                                                             Salam sayang,
                                                                                         Cik Mb